1

Saya nak berniaga di internet

Posted July 9th, 2010 in Kewangan by vangardx |

Salam & hello semua pembaca yang dihormati, sudah lama saya tak terima email dari pembaca kerana blog ni tak dapat diakses sebab akaun domain kena suspend. Oklah saya bukannya cerdik pandai dalam bab-bab ni cuma nak beri pendapat, yelah orang dah tanya saya jawablah berkenaan macamana nak berniaga di internet. Jawapannya pertama sekali senaraikan masalah yang anda hadapi untuk berniaga di internet. Susun masalah tersebut ikut keutamaan. Contohnya seperti berikut :-

1. Saya nak berniaga barang komputer secara online.

2. Contoh 3 masalah yang saya hadapi

  • Nak jual kat mana?
  • Saya tak tau pasal komputer dan internet
  • Siapa pelanggan saya

3. Masalah paling utama adalah perkara yang paling asas iaitu pengetahuan tentang komputer dan internet tapi nampak pelikla kalau dah jual barang komputer mesti tau selok-belok pasal komputer dan internet ni bukan? Jadi kita selesaikan masalah seterusnya iaitu nak jual kat mana? Jual kat web/blog orang lain atau buat laman sendiri.

4. Dalam erti kata lain, buat senarai panjang dan cuba selesaikan satu persatu. Yang mana tak selesai tu lah akan menganggu serba-sedikit perniagaan internet anda nanti. Kat situ juga kita boleh kenalpasti sama ada kita sudah bersedia mahupun tidak.

Ada pendapat lain?

Related posts



One Response so far.

  1. Moshed says:

    Masalah seterusnya, nak start dengan low cost atau tanpa modal.

    Tanpa modal, boleh guna portal-portal iklan.

    Dengan modal, boleh start upah orang bina website.

Leave a Reply





CommentLuv Enabled