
Baru baca email dari malaysia domain name provider tentang masa untuk domain renewal telah tiba. Sedar tak sedar dah 6 tahun rupanya usia domain tersebut dan bila terbaca blog arizz berkenaan nostalgia dia melihat entri-entri lama saya pun cuba untuk melihat posting pertama saya dalam dunia blog pada tahun 2007.
Banyak entri-entri lama yang saya rasa perlu diperkemaskan dari segi penggunaan bahasa, ayat dan sebagainya. Betul, pengalaman mematangkan kita kerana semakin hari kita semakain matang dalam berfikir, semakin rasional dalam tingkahlaku dan semakin dewasa dalam membuat keputusan.
Tergelak saya sorang-sorang bila baca entri-entri lama tu. Kalau anda, nak edit ke takmau entri-entri lama tu? Nostalgia katanya.
Image credit : dululainsekaranglain




haha. memang betul. bila baca entri2 lama terutamanya masa awal2 blogging dulu rasa macam nak tergelak juga
bro, tak payah nak delete la. aku lagi sayang nak delete siap merge masuk dalam blog baru. bernilai wooo semua tuuu