Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, pada mulanya aku ingat ia adalah email spam atau sampah pihak tak bertanggungjawab mengenai jemputan untuk menghadiri sesi preview Maybank2u 2.0 di Delicious @ Marc Residence Kuala Lumpur. Rupa-rupanya ia adalah benar apabila email yang aku hantar dibalas oleh seorang manusia dan bukannya robot.
Anda boleh melihat sendiri bagaimana pembaharuan M2u 2.0 di www.maybank2u.com.my Selain daripada itu juga, Maybank online banking telah mengorak satu langkah ke depan berbanding pesaing mereka dengan mewujudkan sebuah blog agar dapat membantu pelanggan mereka dalam sebarang permasalahan yang dihadapi. Untuk maklumat lanjut sila lawat All you Maybank2u di www.allyou.com.my
Oh ya, mereka juga ada Maybank2u Agent M yang sedia membantu anda menerusi Windows Live Messenger.




slow sket yg baru nie..baik yg lame jer..
ehm, tadi aku usha. macam best aje.
tapi dari segi kelajuan, yang lama masih ok. So, aku selalu masuk tru yg lama.
yerp..yang baru nie jem sket la..walau cantik tapi performance tak ok..tak best jgk
aku baru cube guna kelmarin, ok je
laju je rasanya…
@emme setakat yg aku perasan kat mainpage dia guna yg baru..yg dalam2 tu dia pakai yg lama balik..
aah. kerana terlalu banyak trafik. dia better pakai yg lama. aii..baru nak godek2 yg baru nih..