6

Final Pestabola Merdeka – Vietnam kalahkan Malaysia

Posted October 25th, 2008 in Sukan by vangardx |

Share This Post

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, baru je balik dari cafe Selera Fitrah untuk menyaksikan aksi persembahan Pasukan Bola Sepak Malaysia yang unggul. Seawal wisel pertama dibunyikan kubu Pasukan Bola Sepak Vietnam diserang bertubi-tubi dan pemain negara kelihatan menguasai keseluruhan perlawanan. Namun apa gunanya jikalau aksi menarik, hantaran lintang bersimpang-siur, through pass selit menyelit dan pelbagai aksi akrobatik mat rempit dipersembahkan tetapi tiada satu pun bola yang berbentuk sfera itu menerjah kedalam gawang gol. Perlawanan berlarutan sehingga ke penentuan sepakan penalti setelah seri tanpa jaringan walaupun sudah diberikan 30 minit masa tambahan yang akhirnya Malaysia sekali lagi mengigit jari membiarkan pasukan lawan menjulang Piala Dunia Malaysia Pesta Bola Merdeka yang pada awalnya kelihatan tipis peluang mereka untuk menang. Jadi apa pula alasan mereka kali ini?

  • Pemain tak berpengalaman?
  • Tak cukup rehat?
  • Gementar didepan gol?
  • Kurang latihan one on one?
  • Penyudah yang tumpul?

Walau apapun alasan mereka aku tetap kagum dan berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan. Tidaklah terlalu hambar dan membosankan cuma sakit hati bila banyak peluang disia-siakan dan dinafikan dengan perangkap offside. Nantikan press conference dan post mortem mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like us on Facebook

6 Responses so far.

  1. vangardx says:

    serang bagai nak gila..gol nye tak jgk..jem jem jem..baru nak sokong team kita pasal gameplay cun

  2. reddebt says:

    apa nak wat. benda dah jadi. kekadang, nasib memainkan peranan gak.

    penyudah takde.. :(

  3. vangardx says:

    testing comment luv

  4. C.RONALDO says:

    BIAR SAYA YG AJAR EMAIN MALAYSIA…

  5. Juhl says:

    Are you serious?! I guess I shouldn’t be suprised anymore…

Leave a Reply





CommentLuv badge