Seperti biasa setiap malam rabu, futsal mingguan di Jabatan Perairan & Saliran Ampang futsal centre dihadiri oleh sebahagian bekas penuntut atma & upnm untuk beriadah bersama-sama. Ada yang datang bujang dan tidak kurang juga dengan ahli keluarga.

Kehadiran semalam dalam 20 orang dari pelbagai intake dan pengambilan, the most junior macam biasala intake 2004
Game dimainkan secara bergilir-gilir iaitu pasukan yang dibolosi sebanyak 3 gol kena keluar digantikan dengan team lain. Tiada pergaduhan mahupun kecederaan dilaporkan. Haha..

Ada orang kaya baru telah sponsor after game supper minum-minum kat kedai makan opposite dengan ampang point.

Gelas dia takdela besar sangat, tapi 3-4 kali jugak la malam tadi aku pergi toilet macam kena water drill.
So next time, kalau anda ada kelapangan jomla join! Daftar utk update terkini aktiviti anjuran ex-siska.com


