Salam & hello, baru je selesai membaca tips bagaimana memilih domain dan website yang di tulis oleh fazreen. Saya ingin tambah lagi satu perkara iaitu kita kena anggapkan domain name ni seperti cukai jalan kereta champion white honda civic type-r atau apa-apa jenis kereta yang berada di malaysia ni. Tapi kenapa ya?

Saya cerita berdasarkan pengalaman sendiri, lebih kurang 2 tahun lepas saya ghairah membeli nama domain untuk koleksi peribadi sehingga terlupa domain itu umpama cukai pintu kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun bergantung pada pakej yang anda bayar masa mula-mula register dulu.
Bayangkan anda membeli satu domain di web hosting malaysia dengan harga RM38/setahun pada 1 jan 2010. Ini bermakna anda kena bayar Rm38 lagi pada 1 Jan 2011 bagi tempoh penggunaan domain itu setahun. Ada syarikat pembekal domain di malaysia seperti serverfreak menawarkan kadar harga lebih rendah sekiranya anda membayar untuk tempoh 2 tahun.
Jadi bayangkan saya telah membeli sepuluh domain serentak dan berapa saya perlu bayar untuk tahun berikutnya? Ia tidak akan memberi masalah sekiranya mempunyai pendapatan dari domain atau blog yang menggunakan domain-domain tersebut.
Jadi ingat, domain juga umpama insuran kereta yang perlu diperbaharui dan ramai di antara kita yang terperangkap pada waktu tersebut kerana kita perlu bayar (ansuran bulanan kereta + road tax kereta + insuran kereta) berbanding ansuran kereta sahaja pada bulan-bulan biasa kan?
Ini belum kira lagi, kalau hosting expiry date jatuh pada waktu yang sama. Jadi rancanglah dengan bijak agar tidak tersepit di kemudian hari




ku xmampu lagi nak beli domain
P/S : Header Baru H.P.B Blog. Thanks Blogger Dark Half!
tak lama lagi mampu la..ala 38 ringgit je sebulan..
kalau menabung sebulan rm3 dah beli domain satu dah
ala 38 ringgit je sebulan..??? ke setahun nie???
thanks bro sebab sebab kongsi pendapat. Just fikir logik la kan. 40 ringgit untuk setahun? bukan satu jumlah yang besar sedangkan ramai yang habiskan lebih daripada itu sebulan hanya untuk topup. Unless kita membeli domain yang banyak. Saya percaya..blogger yang membeli domain dengan banyak ialah blogger yang menjana pendapatan daripada blog. Saya sendiri ada lebih daripada 10 domain.
apa-apa pun thanks sebab berkongsi.
aku beli aje. Selagi aku rasa mampu bayar, aku bayar. Tak mampu, aku let go je domain-domain tu.
err..kapten SA.. adakah kamu ini juga ahli Geng Blogger?
pernah bace Blog Ariff Shah x?
http://ariffshah.com/page/2/
ye seronok juga entry dia.
mungkin kapten SA pon boleh include citer pasal karier anda sedikit2. yg rare
tp kalu dh beli, nak tukar nama tu dh x dapat la kan…
takleh nak tukar edit mcm tu je..kena beli lain..
once dah tekan submit consider sold
aku beli domain and hosting je. Sebab hobi and minat pada blogging aku tak kesah janji aku puas blogging
macam orang beli kereta la , modified sana sini . Diri sendiri puas dah oke.
Thanks for sharing. This is my first tie here and I found that you have very interesting site.