9

Domain name ibarat road tax kereta

Posted August 15th, 2010 in Blog by vangardx |

Share This Post

Salam & hello, baru je selesai membaca tips bagaimana memilih domain dan website yang di tulis oleh fazreen. Saya ingin tambah lagi satu perkara iaitu kita kena anggapkan domain name ni seperti cukai jalan kereta champion white honda civic type-r atau apa-apa jenis kereta yang berada di malaysia ni. Tapi kenapa ya?

gambar honda civic type r 2010

Saya cerita berdasarkan pengalaman sendiri, lebih kurang 2 tahun lepas saya ghairah membeli nama domain untuk koleksi peribadi sehingga terlupa domain itu umpama cukai pintu kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun bergantung pada pakej yang anda bayar masa mula-mula register dulu.

Bayangkan anda membeli satu domain di web hosting malaysia dengan harga RM38/setahun pada 1 jan 2010. Ini bermakna anda kena bayar Rm38 lagi pada 1 Jan 2011 bagi tempoh penggunaan domain itu setahun. Ada syarikat pembekal domain di malaysia seperti serverfreak menawarkan kadar harga lebih rendah sekiranya anda membayar untuk tempoh 2 tahun.

Jadi bayangkan saya telah membeli sepuluh domain serentak dan berapa saya perlu bayar untuk tahun berikutnya? Ia tidak akan memberi masalah sekiranya mempunyai pendapatan dari domain atau blog yang menggunakan domain-domain tersebut.

Jadi ingat, domain juga umpama insuran kereta yang perlu diperbaharui dan ramai di antara kita yang terperangkap pada waktu tersebut kerana kita perlu bayar (ansuran bulanan kereta + road tax kereta + insuran kereta) berbanding ansuran kereta sahaja pada bulan-bulan biasa kan?

Ini belum kira lagi, kalau hosting expiry date jatuh pada waktu yang sama. Jadi rancanglah dengan bijak agar tidak tersepit di kemudian hari :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This Post


Like us on Facebook

9 Responses so far.

  1. Fazreen says:

    thanks bro sebab sebab kongsi pendapat. Just fikir logik la kan. 40 ringgit untuk setahun? bukan satu jumlah yang besar sedangkan ramai yang habiskan lebih daripada itu sebulan hanya untuk topup. Unless kita membeli domain yang banyak. Saya percaya..blogger yang membeli domain dengan banyak ialah blogger yang menjana pendapatan daripada blog. Saya sendiri ada lebih daripada 10 domain. :) apa-apa pun thanks sebab berkongsi.

  2. titan says:

    aku beli aje. Selagi aku rasa mampu bayar, aku bayar. Tak mampu, aku let go je domain-domain tu.
    titan recently posted..Tips untuk menulis artikel yang menarik

  3. cik allly says:

    err..kapten SA.. adakah kamu ini juga ahli Geng Blogger?
    pernah bace Blog Ariff Shah x?
    http://ariffshah.com/page/2/
    ye seronok juga entry dia.
    mungkin kapten SA pon boleh include citer pasal karier anda sedikit2. yg rare
    cik allly recently posted..Bila Dekat Rasa Benci Tapi Dalam Hati Rindu Selalu

  4. mrs jamal says:

    tp kalu dh beli, nak tukar nama tu dh x dapat la kan…

  5. vangardx says:

    takleh nak tukar edit mcm tu je..kena beli lain..
    once dah tekan submit consider sold

  6. nik amirul says:

    aku beli domain and hosting je. Sebab hobi and minat pada blogging aku tak kesah janji aku puas blogging :) macam orang beli kereta la , modified sana sini . Diri sendiri puas dah oke.

Leave a Reply





CommentLuv badge