Salam & hello semua, pada 12 Jun yang lepas termeterai satu jalinan hubungan kerjasama di antara dua syarikat telekomunikasi di malaysia iaitu Digi dan Celcom. Kerjasama ini merangkumi tiga aspek iaitu operasi dan penyelenggaraan, perkongsian tapak dan stesen pemancar serta akses rangkaian radio.
Adakah di masa yang terdekat akan ada kerjasama menggunakan produk digi iphone di celcom?

Jika ya, mungkin kita boleh dapatkan pakej harga yang lebih murah berbanding pesaingnya iaitu Maxis atau tiada apa perkembangan melainkan Celcom Malaysia terus meningkatkan lagi promosinya terhadap produk Blackberry.

