Salam & hello semua buat pembaca yang dihormati sekalian, saya adalah pengguna setia serverfreak web hosting sejak dari tahun 2005 lagi dan sehingga saya menaip entri ini, terus terang saya katakan yang pihak malaysia web hosting solution – serverfreak tidak pernah mengecewakan saya dari aspek perkhidmatan pelanggan dan sebagainya. Oh, saya ingin berkongsi yang mereka ada menganjurkan pertandingan serverfreak freaky photo contest yang menawarkan hadiah hampir RM2000. Continue Reading »
Anda masih setia dengan Advertlets?
Salam & hello semua, kebetulan ketika mengemaskini entri-entri lama terbaca post berkenaan isu advertlets not paid yang sudah lama diperkatakan kononnya hanya golongan-golongan tertentu atau anak emas advertlets sahaja yang akan dibayar. Ada juga mengambil masa dan macam-macam halangan perlu ditempuhi sebelum menerima sekeping cek advertlets yang jumlahnya mungkin RM100 sahaja atau lebih. Aku pun try login akaun advertlets aku dan hasilnya adalah seperti berikut. Continue Reading »
Lupa feedburner password secret answer
Salam & hello semua, syukur setelah mencuba beberapa kali meneka kata laluan dan soal jawab rahsia untuk reset password (nasib baik google tak identify aku sebagai brute force spam bot) akhirnya berjaya juga. Yelah, bukan sehari dua tinggal benda alah ni semua, taktau pulak aku google dah ambik alih feedburner rupa-rupanya. Continue Reading »
Blogging sebagai hobi masa lapang
Salam semua, minta maaf kepada kalian yang seringkali berkunjung ke blog ini sama ada secara direct mahupun secara organik tetapi kecewa bila tiada update terkini.
Sekarang baru aku sedar, apabila sudah memasuki alam pekerjaan seperti aku yang kini menyertai profession tentera terpaksa mengutamakan perlaksanaan tugas berbanding perkara-perkara lain. Antara yang merasa tempiasnya adalah blogging, ya aku kini telah menganaktirikan dunia blogging. Bayangkan bila aku check inbox email, banyak domain, hosting dan akaun-akaun lain menerima mesej amaran bahkan ada yang dah disuspendkan dah pun.
Pendapatan online sedikit terjejas yalah aku bukan jual ebook mahupun produk kerana online income 100% datangnya dari blog maka kurang menulis bermaksud kuranglah hasilnya.
Akhir kata, aku kini meletakkan blogging sebagai hobi masa lapang bukan lagi macam dulu masa zaman universiti, siang malam mengadap komputer. Jika ada masa lapang aku akan menulis jika tiada faham-faham jela ye..
Salam sejahtera dariku yang menulis di Kem Gemas.
Testing quickpress feature in wordpress 2.7
Wow, thanks to wordpress development team for the cool features inside this Coltrane!
Implementing IntenseDebate commenting system
I currently installing the newest wordpress plug-in for commenting system in this blog. This Automattic’s aquired company released their latest beta version for the intensedebate wordpress plugin and I give this a try.
Melayu Bogel Melayu Hangat Melayu Boleh
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, kerapkali aku diajukan soalan oleh rakan-rakan sekitar yang kurang meluangkan masa terhadap internet mengenai apa aktiviti yang aku buat semasa online. Bila aku tanya mereka, hampir semua memberi jawapan yang agak sama iaitu chatting, cari awek, download mp3 mahupun movie. Jadi apa kaitannya dengan tajuk diatas? Continue Reading »
Tutorial Nuffnang Bahasa Melayu
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, buat mereka-mereka yg mengikuti perkembangan blog Panduan Nuffnang Bahasa Malaysia pasti menantikan entri dan tips yg terbaru malangnya sehingga kini tidak berupdate bukan? Sebenarnya saya sedang berusaha membiasakan diri dengan blogspot tapi sehingga kini masih gagal dan tak selesa menggunakannya. Maka saya bercadang untuk membeli satu domain khas utk tutorial nuffnang ini dan menggunakan wordpress sebagai platform. Ini bukan sebab blogspot sucks seperti yang dikatakan Muralidharan tapi rasanya jiwa ini dah sebati dengan wordpress. Jangan risau saya pasti buat panduan A to Z seperti yang diharapkan.
Ada sesiapa nak belanja domain tak? *cough* Timothy *cough*
Bankaholic.com – WordPress blog yang berharga USD15 juta
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, urusniaga jual beli laman web ataupun blog memang rancak diluar sana dan hampir kebanyakkan mereka yang aktif mengikuti perkembangan buat duit online tahu mereka juga mampu membina sesebuah web/blog kemudian bila sampai tempoh matang atau tercapainya sesuatu matlamat yang ditetapkan, web/blog itu berupaya dijual dengan harga yang lumayan. Hanya nak atau taknak je.
Baru-baru ini warga blogger sedunia digemparkan dengan pembelian sebuah wordpress blog dengan harga 15 juta US Dollar dan yang lebih menarik lagi blog itu diusahakan oleh seorang sahaja! Bankaholic.com adalah sebuah blog yang menfokuskan kepada hal-hal perbankan dan sering berada dicarta utama search engine popular dunia untuk keyword-keyword perbankan seperti Credit Card, Insurance, Loan dan sebagainya. Ini telah menarik minat BankRate.com untuk mengeluarkan sejumlah wang yang pada saya cukup lumayan bagi seorang blogger seperti kita bukan?
Jadi dengan komitmen dan kesungguhan tidak mustahil ianya berlaku, ingat lagi suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan seorang blogger Malaysia menjual blognya dengan harga USD10,000? Beliau ada sedikit tips motivasi buat mereka yang ingin mengetahui ataupun ingin mengikut jejak langkah beliau dalam satu industri yang masih baru dikalangan rakyat Malaysia. Jangan terkejut web ini hanya mendapat purata 20 komen bagi setiap entri yang dipublish tetapi mungkin kandungannya yang diutamakan.
Mungkin ada yang sudah terpikir ataupun kini sedang giat berusaha memantapkan blog mereka untuk dijual kepada Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya. Buat mereka yang sering memandang serong pada blogger, ingatlah blog politik hanya beberapa peratus sahaja daripada jumlah blog yang diusahakan oleh rakyat Malaysia.
![Syamsulariff.com - [ Syamsulariff.com ]](http://syamsulariff.com/wp-content/themes/simplefolio/images/logo.png)
