Salam semua, minta maaf kepada kalian yang seringkali berkunjung ke blog ini sama ada secara direct mahupun secara organik tetapi kecewa bila tiada update terkini.
Sekarang baru aku sedar, apabila sudah memasuki alam pekerjaan seperti aku yang kini menyertai profession tentera terpaksa mengutamakan perlaksanaan tugas berbanding perkara-perkara lain. Antara yang merasa tempiasnya adalah blogging, ya aku kini telah menganaktirikan dunia blogging. Bayangkan bila aku check inbox email, banyak domain, hosting dan akaun-akaun lain menerima mesej amaran bahkan ada yang dah disuspendkan dah pun.
Pendapatan online sedikit terjejas yalah aku bukan jual ebook mahupun produk kerana online income 100% datangnya dari blog maka kurang menulis bermaksud kuranglah hasilnya.
Akhir kata, aku kini meletakkan blogging sebagai hobi masa lapang bukan lagi macam dulu masa zaman universiti, siang malam mengadap komputer. Jika ada masa lapang aku akan menulis jika tiada faham-faham jela ye..
Salam sejahtera dariku yang menulis di Kem Gemas.