Salam & hello semua, sepatutnya hari ini adalah hari Old Puteras – Present Puteras OP-PP bertempat di Maktab Tentera Diraja, Kem Sg. Besi namun dari maklumat yang saya terima acara ini telah ditunda pada satu tarikh dan masa yang tidak dinyatakan. Mungkin atas sebab kes kematian budak mtd kena ragging agaknya. Memandangkan dah sampai dekat Sg. Besi aku pun pegi la ke Balakong dan Taman Sungai Besi Indah, suatu tempat yang cukup dikenali oleh budak-budak RMC dulu (sekarang ni aku tak pasti) Adala beberapa keping gambar yang aku nak share sebagai nostalgia kita bersama.
Berkenaan kes ragging budak MTD tu, ayah sape tak risau kan? Tapi kita yang tak tau apa-apa ni baik jangan buat andaian yang kontroversi, silap-silap makan diri. Apa2 pun lega Puteri Amna pasal adiknya tak jadi budak boy.

Taman Sungai Besi Indah – Kalau sape yang masih ingat ini adalah lorong tikus untuk mereka yang nak ke tempat Soon Tat Snooker, kedai kuda (oppss) kedai mamak dan lain-lain. Semak dah tebal macam dah tak ada orang lalu dah ni. Budak boy dah buat jalan lain agaknya.

Kedai mamak balakong – Kedai ni dah tak macam dulu, sekarang dah besar lantai dah siap ada tiled, kipas ada air dan mcm2 renovation diaorang dah buat. Menu favourite kalau kena order guna air liur ataupun mission berbayar oleh abang-abang adalah roti bom, maggi goreng, roti telur, nasi goreng takpun rokok sekarton. Anak panah merah tu adalah lokasi kedai snooker takleh nak snap pasal kat bawah tu ada “cyber cafe” sedang beroperasi tak pasal-pasal kena kejar kang.

Loji perkumbahan – macam tak percaya je. Wuz ere yang dah bertahun-tahun lamanya masih kekal di situ. Antara yang jelas kelihatan adalah SP Bung, SP Paweng, Sp Noozer. Korang ingat lagi ke wuz ere korang dulu apa?
Anjing rootweiler yang jaga rumah cina tu dan anjing-anjing yang jaga kolam ikan tu mesti dah beranak pinak kan?
Kedai Soon Tat Snooker dah takde tukar jadi Riley Snooker, cyber cafe tempat kita main counter-strike dengan command and conquer red alert 2 pun dah takde, kedai snooker murah yang sebelah belakang tu pun dah tukar jadi kedai makan cina. Hm..teringat zaman-zaman dulu..




hehe..mesti syam familiar ngan tempat nie..
..emm agak nakal gak yer..Memang best jika dapat dikenangkan zaman belajar dulu..pahit manis sumer ada.. apa pun akak bangga dengan budak RMC.. x rugi masuk RMC tapi rugi if tak masuk RMC.. =)
mari try kopi baru.. less caffeine coffee
mmg xrugi masuk rmc tu..lagi kecik dok Kem Sungai Besi..dan RMC dah senonim dengan satu2 nyer sekolah elit yg berada di dlm Kem Sungai Besi selain ATMA @ UPNM..
bagaimana RMC pada masa sekarang..
tenang dan terkawal
huu.. bla smuanya da brubah
yg lma tggl kngan trindah hehe
tu la…baru ingat nak antar anak masuk RMC…might think twice…
eh..hantarla..tak rugi