Salam semua, minta maaf kepada kalian yang seringkali berkunjung ke blog ini sama ada secara direct mahupun secara organik tetapi kecewa bila tiada update terkini.
Sekarang baru aku sedar, apabila sudah memasuki alam pekerjaan seperti aku yang kini menyertai profession tentera terpaksa mengutamakan perlaksanaan tugas berbanding perkara-perkara lain. Antara yang merasa tempiasnya adalah blogging, ya aku kini telah menganaktirikan dunia blogging. Bayangkan bila aku check inbox email, banyak domain, hosting dan akaun-akaun lain menerima mesej amaran bahkan ada yang dah disuspendkan dah pun.
Pendapatan online sedikit terjejas yalah aku bukan jual ebook mahupun produk kerana online income 100% datangnya dari blog maka kurang menulis bermaksud kuranglah hasilnya.
Akhir kata, aku kini meletakkan blogging sebagai hobi masa lapang bukan lagi macam dulu masa zaman universiti, siang malam mengadap komputer. Jika ada masa lapang aku akan menulis jika tiada faham-faham jela ye..
Salam sejahtera dariku yang menulis di Kem Gemas.


Salam, its ok sham… tapi rindu jugak nak baca entri kat sini. apa pun Happy Belated Bezday ya..
salam…bukan tak understand ngan keja en.sham,tapi boring la,tiap kali masuk blog en.sham tak dak new news..hope en.sham cepat2 la update blog..and rasanye tak terlewat lagi saya nak wish happy birthday to u..hope ALLAH blesing u always..anyway nanti cita la cikit experience kat kem gemas..GAGAG..SETIA..
Salam.. adusss ni ntah kali yang keberapa ntah.. En syam kita blum update blog dier lagi rupanya…
aku mengakui hakikat itu. Masa sangat terbatas..
Beselah tu beb..masa aku student dulu dekat 6 bulan tak update blog..gile..sib baik ingat nak renew hosting dan domain.
wah sibuk giler en.syam kite!!dah kat 1 month dah dia x update blog dia…
owh….patutlah.
sudah jadi askar!!
selamat berbakti!
goodluck and all the best
Dekat kem Gemas yek…kira dekatlah dengan Serting my home Felda….
Blogging ni memang best.. tapi letih juga nak cari idea untuk cari artikel..
sekarang ramai yang buat blog untuk tambah pendapatan.. termasuklah aku ni..
ha’a. zaman U memang dedikasikan tuk blog. dah keje kang, mesti kena ubah jadi hobi. len ar kalo 100% online work. Huhu.
ala..janji darah berblog masih ade dalam diri kan?
waduh lama juga gag di apdet neh
syam..
ketuk aku kalo ko online.
YM id> izumaha
o…
awk kt kem gemas ek…
sekadar memenuhi masa lapang..
sementara kwan blas mesej FB, ble wat blog dlu..hoho