Salam & hello, tidak dapat dinafikan lagi facebook di malaysia kini sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti masyarakat kita yang mempunyai sambungan talian broadband internet. Paling tidak dalam seminggu mesti login sekali dua dan kekerapan penggunaan laman sosial facebook ini berbeza mengikut komitmen individu tersebut.
Kalau dulu (zaman populariti myspace, friendster, tagged, hi5, orkut, mykawan dan banyak lagi) apa yang kita tuliskan mungkin tidak mendatangkan sebarang kesan kepada pihak yang lain namun kini anda kena berhati-hati dengan apa yang anda tuliskan kerana kesilapan kecil atas niat bergurau atau hanya untuk bacaan rakan-rakan boleh memberi impak yang besar sekiranya diangkat dan diprovokasikan oleh tertentu.

Sebagai contoh, kisah Nor Azita Osman hina negeri Johor. Hanya dengan beberapa patah perkataan sahaja menyebabkan namanya tiba-tiba melonjak naik terutamanya bagi pengguna facebook negeri Johor. Ayatnya berbunyi lebih kurang begini,
” Aku tak sangka Johor nie hina, xde famous amos kt jb. yang ada kt senai airport jer. bandar konon. gerek apenyer. wut a jerk. ” Credit info to Kancil biru
Tak sampai beberapa bulan fan page yang anti dia sudah mencecah 161 ribu orang! Yang lepas tu lepas la, dia tak berniat nak hina negeri johor. Maafkanla dia.
Betul orang kata, kita punya akaun kita punya suka la kan? tapi kesannya kadang-kadang membuatkan kita trauma untuk menurunkan kata-kata. Apa-apa pun ingatan untuk saya juga sebab saya sendiri pun dah tak tau berapa banyak kenyataan dan tulisan yang ditulis mungkin tergolong dalam kes yang sama.
Kalau ada jumpa mana-mana entri saya yang rasanya perlu diperbetulkan mohon maklum pada saya ok.
![Syamsulariff.com - [ Syamsulariff.com ]](http://syamsulariff.com/wp-content/themes/simplefolio/images/logo.png)

salam,
sy tgk ramai blogger suka memandang ayt pertama bila mengulas perkara ini, sdgkan ada ayt seterusnya yg sebenarnya lebih membuatkan sy terkilan. kalau dihuraikan pd ayt pertama sendiri, ungkapan “Ya Allah” sebelum “hinanya JB” itu pun sudah membuatkan org lain geram. kedgran begitu dahsyat JB pd pandangan dia. tp, mengikut akal sy yg waras… lantak p laaaa. namun, bila dibaca komen2 seterusnya, sy rasa terkilan bila dia menyatakan yg dia langsung tidak mengenali anak2 Sultan Johor sdgkan dia adalah penjawat awam yg bertugas di Johor. sy boleh menerima sekiranya dia adalah pekerja ladang sawit yg langsung tidak pernah menerima apa2 maklumat dr suratkhabar/tv/radio/internet. apa yg sy ingin jelaskan di sini, mungkin org lain meminta dia meminta maaf secara terbuka walaupun dia tlhpun meminta maaf di fb krn beritanya tlh pun keluar di suratkhabar. tp, bg sy pula, sy xperlu memaafkan dia sbb dia bkn buat slh dgn sy pun, cuma sy teringin sgt kiranya dia dpt berkenalan dgn anak2 Sultan Johor supaya dia mengenali mereka pd masa akan dtg. walaubagaimanapun, suka juga sy sarankan agar kita semua berfikiran positif apabila menerjah ke page dia di fb. andai anda melihat ada org menghina dia, anggaplah mereka itu bergurau krn itulah cara gurauan yg diajar oleh dia sendiri. apa2pun sy sentiasa memandang semuanya dr segi positif dan percaya ada hikmah di sebaliknya. last but not least, salam ramadhan. marilah kita berbaik sangka… tiada siapa yg sempurna kecuali mereka yg perasan bagus. hehehehehe
p/s: sy cuma hairan camne la org yg xmematuhi rukunegara boleh bekerja di sektor awam sdgkan setiap kali temuduga dijlnkan… MasyaAllah ramainya umat memohon.
terima kasih salawati, atas komen anda..selamat berpuasa juga
Kempunan sgt nak London Amos tu..
cik ally; syukur je dpt mkn bahulu.
cik allly recently posted..Bila Dekat Rasa Benci Tapi Dalam Hati Rindu Selalu
opsss silap.. Famous Amos..aish omputehnye makanan itu.
cik allly recently posted..Bila Dekat Rasa Benci Tapi Dalam Hati Rindu Selalu