Salam & hello, salam ramadhan semua. Macamana puasa ok ke? Sape-sape yang nak belajar kurangkan merokok, usaha utk kuruskan badan tanpa perlu ubat pengurus badan dan macam-macam lagi aktiviti, waktu ni la yang paling sesuai. Itupun kena ada kemahuan dan kesungguhan la.

Ok, topik kita skang tentang lokasi menarik berbuka puasa anda hari ini dan seterusnya.
Faedah berbuka puasa di rumah.
1. Tidak perlu terkejar-kejar ke lokasi luar
2. Tidak perlu membuat tempahan awal
3. Boleh tenang-tenang, mandi, tengok tv dan sebagainya
4. Tiada masalah kesesakan lalu lintas
5. Bila selesai boleh berehat dan meneruskan aktivitinya seterusnya
6. Jimat wang ringgit, duit makan, duit tips, duit tol, duit parking dan banyak lagi
Faedah berbuka puasa di luar.
1. Menu yang pelbagai
2. Suasana yang berbeza
3. Boleh tukar menu kalau tak sedap
4. Ruang makan yang luas jika dalam kuantiti yang ramai
5. Makan dan balik, tak perlu pikir nak kemas dan basuh pinggan segala bagai
Kalau yang berkahwin mesti prefer buka kat rumah tapi itupun kalau salah sorang tu tak bekerja, bagaimana pula dengan yang berkerjaya balik lewat petang, yang bujang macam saya ni macamana pulak? Itu baru dari beberapa sudut, anda ad pendapat lain?
Image credit to 2dayblogger


