Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati, urusniaga jual beli laman web ataupun blog memang rancak diluar sana dan hampir kebanyakkan mereka yang aktif mengikuti perkembangan buat duit online tahu mereka juga mampu membina sesebuah web/blog kemudian bila sampai tempoh matang atau tercapainya sesuatu matlamat yang ditetapkan, web/blog itu berupaya dijual dengan harga yang lumayan. Hanya nak atau taknak je.
Baru-baru ini warga blogger sedunia digemparkan dengan pembelian sebuah wordpress blog dengan harga 15 juta US Dollar dan yang lebih menarik lagi blog itu diusahakan oleh seorang sahaja! Bankaholic.com adalah sebuah blog yang menfokuskan kepada hal-hal perbankan dan sering berada dicarta utama search engine popular dunia untuk keyword-keyword perbankan seperti Credit Card, Insurance, Loan dan sebagainya. Ini telah menarik minat BankRate.com untuk mengeluarkan sejumlah wang yang pada saya cukup lumayan bagi seorang blogger seperti kita bukan?
Jadi dengan komitmen dan kesungguhan tidak mustahil ianya berlaku, ingat lagi suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan seorang blogger Malaysia menjual blognya dengan harga USD10,000? Beliau ada sedikit tips motivasi buat mereka yang ingin mengetahui ataupun ingin mengikut jejak langkah beliau dalam satu industri yang masih baru dikalangan rakyat Malaysia. Jangan terkejut web ini hanya mendapat purata 20 komen bagi setiap entri yang dipublish tetapi mungkin kandungannya yang diutamakan.
Mungkin ada yang sudah terpikir ataupun kini sedang giat berusaha memantapkan blog mereka untuk dijual kepada Maybank, CIMB, Bank Rakyat dan sebagainya. Buat mereka yang sering memandang serong pada blogger, ingatlah blog politik hanya beberapa peratus sahaja daripada jumlah blog yang diusahakan oleh rakyat Malaysia.

