0

5 gadget yang bakal menemui anda pada 2012

Posted January 5th, 2012 in Gadget by vangardx |

Share This Post

Salam & hello, sedar tak sedar kita sudah memasuki tahun baru 2012. Bercakap mengenai gadget 2012 yang dinanti-nantikan (ternanti-nanti, dah jemu dah dengan khabar angin ni weh!) oleh ramai pengikut gadget malaysia mahupun luar negara, berikut adalah sebahagiannya.

iphone 5 concept malaysia
1. Apple iPhone 5 – Impak dari iPhone 4S masih ada tapi apa yang dinanti-nantikan adalah kemampuan luar biasa pemproses A5, servis iCloud, kamera resolusi tinggi dan skrin yang lebih besar serta lain-lain kejutan yang sentiasa menjadi apple iphone rumours dikalangan pengikutnya.

samsung galaxy s3
2. Samsung Galaxy S3 – Kehebatan Samsung Galaxy S2 masih diperkatakan sehingga ini dan jualannya cukup memberangsangkan di seluruh dunia. Cuba bayangkan ia dengan pelbagai spesifikasi yang dinaiktaraf dan dikuasai dengan Android Ice-cream Sandwich.

nokia lumia 800
3. Nokia Lumia 800 – Berita baik untuk peminat nokia. Tidak banyak input yang saya ketahui berkenaan telefon ini (sebab saya tak ambil tau pun :P ) tetapi sememangnya ramai yang tak sabar nak tunggu kehadirannya setelah menggunakan model yang terdahulu.

ultrabooks
4. Ultrabooks – Berpegang pada prinsip ringan, nipis dan mudah dibawa. Ultrabooks adalah sesuatu yang amat berkuasa bukan seperti netbook/notebook (kecil tapi tak boleh buat tugas berat-berat sangat) Menjanjikan pelbagai model yang akan dibawa masuk oleh Asus, Acer, Toshiba, Lenovo dan lain-lain. Sama-sama kita lihat.

ipad 3 apple
5. iPad 3 – Semakin ringan, nipis dan berkuasa serta pelbagai naiktaraf. Dengar khabar ipad 3 akan ada versi 7 inci, betul ke?

Source credit : akupenglipurlara, trioseposen, amanz, anjung pc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share This Post


Like us on Facebook

Leave a Reply





CommentLuv badge