Memandangkan perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 antara Angkatan Tentera Malaysia bertemu Kelantan akan diadakan di Stadium Shah Alam sabtu ini. Berikut 3 fakta ringkas yang mungkin anda ingin tahu.

1. Stadium Shah Alam kini sudah berusia hampir 19 tahun sejak dirasmikan pada 16 Julai 1994

2. Arkitek stadium ini adalah seorang rakyat malaysia yang juga merekabentuk Pusat Konvensyen Putrajaya, Menara Telekom, Menara Tabung Haji dan banyak lagi. Beliau adalah Hijjas bin Kasturi

3. Stadium ini boleh memuatkan seramai 80,000 orang untuk satu-satu masa. Untuk perlawanan akhir nanti adakah anda akan menjadi salah seorang daripada 80,000 orang itu?
Sumber :
1. Wiki Stadium Shah Alam
2. Hijjas Kasturi Associates
3. Anoraini
4. Razuryza – Photo


