Menjelang aidilfitri ini, rasanya tidak lengkap kalau tak didendangkan dengan lagu hari raya 2012. Masih ingat lagi lagu apa yang kita sering nyanyikan ketika sedang bermain bunga api? Berikut saya senaraikan 3 lagu yang menjadi pilihan di hati.

1. Video Suasana di Hari Raya – Anuar Zain dan Ellina

Lirik lagu Suasana di Hari Raya Anuar Zain Ellina

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

2. Video Selamat Hari Raya – Ahmad Jais

Lirik lagu Selamat Hari Raya Ahmad Jais

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa

Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf diminta
Mensuci hening dosa

Seruan kita
Untuk semua
Selamat… selamat…
Selamat hari raya

( ulang dari mula )

Selamat… selamat…
Selamat hari raya

3. Video Selamat Hari Raya – Saloma

Lirik lagu Selamat Hari Raya Saloma

Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

Selamat hari raya semua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...